Domenichini bangga kemenangan Napoli

Tandukan pemain gantian,Giovanni Siemone (kiri), memastikan kemenangan Napoli pada perlawanan berkenaan. - Foto football.italia.net
Tandukan pemain gantian,Giovanni Siemone (kiri), memastikan kemenangan Napoli pada perlawanan berkenaan. - Foto football.italia.net
A
A
A

PEMBANTU pengendali Napoli, Marco Domenichini nyata berbangga dengan kemenangan 2-1 ke atas AC Milan di San Siro pada Isnin kerana ia semakin mengukuhkan kedudukan Napoli selaku pendahulu Serie A ketika ini.

Menurut Domnichini, kejayaan itu diharap berterusan dalam usaha Napoli menjarakkan lagi kedudukan mata dengan pasukan-pasukan lain.

“Kemenangan ini sungguh bernilai buat kami kerana kami telah meleburkan rekod tanpa kalah Milan. Ia tambah menarik apabila ia dilakukan di San Siro.

“Berdepan Milan, bukannya sesuatu yang mudah kerana semua pemain perlu sentiasa memberikan yang terbaik.

“Kami bermula agak perlahan tetapi pemain-pemain kami nyata menunjukkan aksi terbaik masing-masing dan berjaya memenangi perlawanan ini,” katanya.

Pada perlawnaan berkenaan, pemain Napoli, Matteo Politano membuka jaringan setelah menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-55, namun penyerang AC Milan, Oliver Giroud berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-69.

Bagaimanapun, pemain gantian, Giovanni Simeone muncul wira Napoli apabila menjaringkan gol pada minit ke-78.

Kemenangan berkenaan menyaksikan Napoli mengekalkan rekod tanpa kalah dan terus mengungguli carta Serie A dengan 17 mata setelah mengharungi tujuh perlawanan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Domenichini berkata, pihaknya turut mengharapkan agar pengendali Luciano Spalletti selesai menjalani penggantungan dan kembali mengemudi pasukan berkenaan.

Katanya, pemain-pemain nyata lebih bersemangat di bawah kendalian Spalletti dan perkara itu akan membantu melebarkan lagi kejayaan pasukan.

“Ketika ini, Spalletti menjalani penggantungan, namun saya berharap agar ia (penggantungan), segera berakhir untuk dia kembali mengemudi pasukan,” jelas beliau.