Bekalan elektrik di Puerto Rico terputus akibat Taufan Fiona

Taufan Fiona menyebabkan bekalan elektrik di Puerto Rico terputus pada Ahad. - Foto AFP
Taufan Fiona menyebabkan bekalan elektrik di Puerto Rico terputus pada Ahad. - Foto AFP
A
A
A

SAN JUAN - Taufan Fiona telah menyebabkan semua bekalan elektrik terputus di Pulau Puerto Rico yang berada dalam wilayah Amerika Syarikat (AS) pada Ahad.

Syarikat pengendali bekalan tenaga elektrik pulau itu, Luma Energy berkata, sistem itu telah kehilangan kuasa apabila angin mencecah sehingga 140 kilometer sejam (km/j).

Presiden AS, Joe Biden mengisytiharkan darurat untuk pulau yang terletak di Laut Caribbean itu berikutan Taufan Fiona melanda Puerto Rico.

Ia mungkin mengambil masa beberapa hari untuk memulihkan kembali tenaga elektrik kepada 3.3 juta penduduk di pulau tersebut.

Operasi pelabuhan juga ditutup dan penerbangan keluar dari lapangan terbang utama pulau itu telah dibatalkan.

Hujan akan menyebabkan banjir kilat yang mengancam nyawa dan bencana, kata Pusat Taufan Kebangsaan.

Sekolah-sekolah awam dan agensi kerajaan akan ditutup pada Isnin akibat Hurikan Fiona., kata Ganenor Puerto Rico, Pedro Pierluisi. - Agensi

Artikel Berkaitan: