Navern Nataneel kekal penguasaan di Sukma

Nevern Netaneel mempertahankan pingat emas yang dimenanginya empat tahun lalu.
Nevern Netaneel mempertahankan pingat emas yang dimenanginya empat tahun lalu.
A
A
A

ATLET Sabah, Navern Nataneel Marcellinus mempertahankan pingat emas yang dimenanginya empat tahun lalu, apabila mengungguli acara perseorangan lelaki boling di Sunway Mega Lanes, Petaling Jaya.

Atlet berusia 22 tahun itu menampilkan persembahan penuh bergaya apabila melakukan 1,276 jatuhan pin, sekali gus menidakkan cabaran atlet Pahang, Danial Haiqal Izwan Suhardi yang meraih perak (1,270) dan Muhammad Hariz Idlan Azman dari Pulau Pinang yang membawa pulang gangsa (1,249)

Tadi Pahang mendahului awal di mana untuk saya taktikal ini adalah mengenai penetapan minda dan kejituan. Saya ambil peluang untuk bangkit walaupun ada buat kesilapan namun dapat menyelamatkan keadaan.

"Pingat emas kali ini sangat bermakna sebab macam pencapai peribadi terbaik untuk semua pertandingan rasmi. Atlet nasional memang ada tekanan ibarat bawa dua baju, satu untuk Sabah dan satu untuk nasional jadi tanggungjawab berat," katanya ketika ditemui pemberita.

Navern Nataneel memaklumkan beliau akan menyertai Terbuka Singapura pada November dan berharap mampu melakukan kejutan pada kejohanan berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan: