Sasar jualan 4 juta botol Bliese EDP

Suhaimi (kanan) bersama Naib Presiden Jualan Wilayah Asia Pasifik Bliese, Sophian Jamaluddin pada sidang akhbar di Shah Alam pada Sabtu.
Suhaimi (kanan) bersama Naib Presiden Jualan Wilayah Asia Pasifik Bliese, Sophian Jamaluddin pada sidang akhbar di Shah Alam pada Sabtu.
A
A
A

SYARIKAT wangian Bliese (M) Sdn Bhd (Bliese) menyasarkan jualan sebanyak 4 juta botol bagi produk wangian badan iaitu Bliese EDP yang kini berwajah baharu menjelang akhir 2023.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Suhaimi Saiful berkata, sasaran itu bersandarkan kejayaan sebanyak 20,000 unit terjual dalam masa 45 minit selepas pelancaran dilakukan.

Tambahnya, wajah baharu produk ini tampil lebih eksklusif dan elegan serta sesuai digunakan bagi semua peringkat umur.

“Pelancaran (botol baharu) ini adalah disebabkan kami ingin membuat inovasi baharu produk setelah dua tahun kemunculan.

“Wajah baharu EDP ini menampakkan lebih eksklusif dan elegan dan sesuai digunakan bagi semua peringkat umur.

“Antara inovasi terbaharu yang dilakukan adalah menambahkan isipadu wangian badan tersebut dari 30 mililiter (ml) kepada 35 ml.

“Penambahbaikan telah dilakukan dengan botol yang lebih unik berkualiti serta bungkusan kotak lebih eksklusif, membuatkan jenama Bliese unik dan seiring dengan jenama wangian terkemuka dunia yang lain, katanya dalam sidang akhbar selepas melancarkan botol baharu wangian badan itu di salah sebuah resort terkenal di sini pada Sabtu.

Jelasnya, pelancaran botol baharu itu juga dilakukan bersempena sambutan ulang tahun yang ketiga syarikatnya.

Artikel Berkaitan:

Ujarnya lagi, Bliese juga menawarkan pelbagai pilihan kelas bauan bagi pengguna mengikut personaliti tersendiri seperti ‘Classic’, Bold, ‘Blooming dan ‘Intense’.

“Bliese EDP diformulasikan menepati spesifikasi pengguna di Asia dengan bahan asas diimport dari Eropah serta Bliese bekerjasama dengan ‘perfumer’ terkenal dunia.

“Kami memberi jaminan bahawa Bliese EDP selamat digunakan kerana telah mendapat pengiktirafan daripada International Fragrance Association (IFRA) serta diiktiraf halal oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim),” jelasnya.

Selain itu katanya, fokus utama syarikat wangian tempatan ini adalah untuk melahirkan lebih ramai usahawan berjaya yang berkualiti menjelang 2023.

“Sehingga hari ini, Bliese telah mempunyai lebih dari 15,000 usahawan berdaftar di seluruh Malaysia,” katanya.