Tamu Beluran dinaik taraf manfaat 120 peniaga kecil

Ronald (tengah) ketika meninjau Pasar Tamu Beluran selepas dinaik taraf oleh Mafi menerusi Fama di Beluran.
Ronald (tengah) ketika meninjau Pasar Tamu Beluran selepas dinaik taraf oleh Mafi menerusi Fama di Beluran.
A
A
A

BELURAN - Seramai 120 peniaga kecil di Tamu Beluran (pasar minggu) kini sudah boleh berniaga dengan lebih selesa apabila pasar itu siap dinaik taraf oleh Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (Mafi) melalui Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama).

Menterinya, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, projek menaiktaraf itu telah siap sepenuhnya pada pertengahan Mei lepas di dengan peruntukan sebanyak RM746,000 menerui Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

"Ini merupakan Pasar Tamu keempat yang telah dinaik taraf di negeri ini selepas Pasar Tamu Sook, Kudat dan Kunak yang dibangunkan Mafi.

"Usaha menaik taraf Pasar Tamu ini memberi manfaat kepada 120 peserta sedia ada untuk memasarkan produk yang mereka jual sekali gus membantu pengguna mendapatkan produk pertanian tempatan serta industri makanan pada harga yang berpatutan di daerah ini," katanya selepas menyempurnakan majlis penyerahan Pasar Tamu Beluran kepada Majlis Daerah Beluran, di sini, pada Ahad.

Tambah Ronald lagi, projek menaik taraf Pasar Tamu adalah sebahagian daripada program pengukuhan rangkaian peruncitan Pasar Tamu di Sabah dan Sarawak dengan matlamat memperkasakan pemasaran hasil pertanian.

"Ia dilaksanakan melalui pembangunan 'outlet' pemasaran kekal bagi memudahkan urusan antara usahawan dan pengunjung serta pihak berkuasa tempatan," jelasnya.

Ronald (lima dari kiri) ketika menyerahkan Pasar Tamu Beluran kepada Majlis Daerah Beluran.
Ronald (lima dari kiri) ketika menyerahkan Pasar Tamu Beluran kepada Majlis Daerah Beluran.

Dalam program yang sama, Ahli Parlimen Beluran itu turut mengumumkan Penubuhan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Paitan yang merupakan PNK ke-15 bagi Sabah.

Artikel Berkaitan:

"Mafi melalui Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) telah merangka pelan strategik secara holistik merangkumi pembangunan sektor perikanan dan sosioekonomi nelayan sekali gus menunjukkan betapa besarnya sumbangan sektor perikanan dalam pembangunan ekonomi negara.

"Penetapan sempadan PNK Paitan adalah dari Kampung Sungai Mapad sehingga Kampung Sungai Memahat serta pulau-pulau di sekitarnya.

"Antara cadangan kegiatan ekonomi yang akan dilaksanakan di PNK Paitan adalah Projek Agrotourism, Projek Pemasaran Ikan dan Hasil Laut serta Projek Kontrak dan Pembekalan," katanya.

Sebelum itu, Ronald turut menyerahkan Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) laut secara tunai sebanyak RM193,275.80 kepada seramai 650 orang nelayan laut.