'Kalau berani depan Kaabah, kenapa nak takut'

Laporan Sinar Harian 12 Ogos lalu. (Gambar kecil: Idris)
Laporan Sinar Harian 12 Ogos lalu. (Gambar kecil: Idris)
A
A
A

BUKIT GANTANG - Pihak berkuasa agama masih terus menjejaki seorang wanita berpakaian ihram lelaki di Makkah seperti yang tular menerusi video baru-baru ini.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, terdapat laporan mengatakan individu tersebut berada di Selangor dan pihak berkuasa agama di negeri itu akan dimaklumkan untuk tindakan lanjut

Menurutnya, tindakan undang-undang melibatkan hal ehwal agama tertakluk kepada bidang kuasa jabatan agama negeri masing-masing.

"Kita tak tahu dekat mana dia duduk. Sepatutnya dia kena berani sebab dia tunjuk gambar, jadi tak hebatlah. Patut kalau berani tunjuk depan Kaabah seolah-olah nak provok orang kenapa takut. Patut berani buat, berani lah tanggung.

"Kena ingat bidang kuasa bertindak ini di bawah pihak berkuasa agama negeri. Ada prosedurnya bukan dibuat semborono," katanya kepada pemberita selepas program Berjalan Teguh Bersama Datuk Idris Ahmad di Gelanggang Futsal Bukit Gantang pada Ahad.

Beliau berkata, semua pihak berkuasa agama akan dimaklumkan jika terdapat maklumat diterima mengenai keberadaan individu berkenaan.

Dalam pada itu, Idris turut menafikan bahawa pihaknya lambat bertindak dalam menyelesaikan isu-isu berkaitan agama Islam.

Jelasnya, beberapa tindakan telah diambil dan diselesaikan selain memaklumkan kepada pihak berkuasa agama negeri mengikut peruntukan ditetapkan.

Artikel Berkaitan:

Pada 12 Ogos media melaporkan tindakan tegas menanti wanita terbabit berikutan tular di Twitter mengenai tindakannya yang berada dalam keadaan lengkap berpakaian ihram seperti jemaah lelaki di Makkah.