Tiga maut nahas lima kenderaan

Salah sebuah kereta yang remuk dalam kemalangan membabitkan tiga maut dan dua cedera di Kilometer 70.4 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Kluang pada Ahad.
Salah sebuah kereta yang remuk dalam kemalangan membabitkan tiga maut dan dua cedera di Kilometer 70.4 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Kluang pada Ahad.
A
A
A
KLUANG - [DIKEMAS KINI] Tiga maut manakala dua lagi cedera dalam kemalangan melibatkan lima buah kenderaan di Kilometer 70.4 Lebuhraya Utara Selatan dekat sini pada Ahad.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Renggam, Komander Operasi Penguasa Bomba Kanan 11, Rahim Razali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 6.35 pagi.

Susulan itu katanya, seramai tujuh anggota dengan sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dikejarkan ke tempat kejadian.

Anggota bomba membantu mangsa yang terlibat dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Kilometer 70.4 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Kluang pada Ahad.
Anggota bomba membantu mangsa yang terlibat dalam kemalangan melibatkan lima kenderaan di Kilometer 70.4 Lebuhraya Utara Selatan, dekat Kluang pada Ahad.



"Kemalangan melibatkan kereta Perodua Myvi, Toyota Corolla, Toyota Hiace, treler jenis Volvo dan motosikal Honda RSX150.

"Tiga mangsa yang berada di dalam Toyota Corolla maut, tidak diketahui hubungan mereka dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.



Menurut beliau, operasi menyelamatkan mangsa masih lagi diteruskan sehingga kini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh mengesahkan semua mangsa yang maut adalah ahli keluarga beralamat di Melaka.

Menurutnya, pemandu Toyota Corolla, Goh Tiong Seng, 50, dan anak perempuannya yang duduk di belakang, Goh Pei Chiew, 20-an meninggal dunia di tempat kejadian manakala isterinya, Hong May Yin, 50, yang duduk di depan sebelah pemandu meninggal dunia di Hospital Kluang.

"Hasil siasatan awal mendapati kemalangan berlaku semasa semua kenderaan terbabit dari arah Kuala Lumpur menghala ke Johor Bahru.
Artikel Berkaitan:


"Apabila sampai di tempat kejadian Perodua Myvi terlanggar lopak air dan hilang kawalan lalu berpusing dan terbabas ke tengah jalan serta terlanggar besi pembahagi jalan di tengah jalan," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, pada masa sama Toyota Hiace yang datang dari arah belakang cuba mengelak Perodua Myvi itu lalu terbabas dan berpusing melanggar besi pembahagi jalan dan terus ke bahu kiri jalan.

"Kemudiannya, datang sebuah treler dari arah belakang di lorong kiri yang memperlahankan kenderaan untuk mengelak Toyota Hiace yang berada di bahu kiri jalan sebelum Toyota Corolla yang berada di belakang melanggar bahagian belakang treler berkenaan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," jelasnya.