Dira dilantik Pengerusi Majlis Penasihat Perfileman dan Industri Muzik

Khaidhirah Abu Zahar
Khaidhirah Abu Zahar
A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Khaidhirah Abu Zahar dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Perfileman dan Industri Muzik.

Perkara itu dikongsi Persatuan Seniman Malaysia menerusi catatan di Facebook rasminya, pada Sabtu.

"Tahniah Yang Berhormat (YB) Datuk Dira Abu Zahar sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Perfileman dan Industri Muzik," katanya.

Pada Sabtu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mengumumkan kerajaan bersetuju menubuhkan Majlis Penasihat Perfileman dan Industri Muzik Malaysia bagi menggubal dasar-dasar lebih proaktif ke hadapan untuk membantu pemain industri berkenaan.

Beliau berkata, pembentukan majlis baharu itu dibuat berikutan industri perfileman dan muzik negara mengalami satu lonjakan baharu pasca pandemik Covid-19.

Sebelum menyertai politik, Khaidhirah atau lebih dikenali sebagai Dira aktif dalam dunia lakonan.

Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka November tahun lalu, Dira berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim sekali gus melakar sejarah sebagai selebriti pertama bergelar wakil rakyat.

Artikel Berkaitan: