Warga Myanmar cedera dipukul tiga lelaki

Tangkap layar video tular mengenai tiga lelaki memukul mangsa menggunakan kerusi dan kayu dalam kejadian di Menglembu. - Foto ihsan pembaca
Tangkap layar video tular mengenai tiga lelaki memukul mangsa menggunakan kerusi dan kayu dalam kejadian di Menglembu. - Foto ihsan pembaca
A
A
A

IPOH - Seorang lelaki warga Myanmar cedera dipukul sekumpulan tiga individu menggunakan kayu dan kerusi dalam kejadian di Bandar Baru Menglembu di sini, pada Jumaat.

Dua rakaman video berkaitan kejadian itu tular di media sosial memaparkan tiga lelaki mengejar mangsa berusia 44 tahun itu di sebuah kedai makan.

Dalam kejadian sekitar jam 6.20 petang itu, mangsa ditemukan terbaring dalam longkang akibat dipukul suspek.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, mangsa mengalami luka di bahagian kepala dan tangan.

"Siasatan awal mendapati mangsa disyaki mengganggu dan memprovok ketiga-tiga suspek yang sedang makan serta minum di kedai berhampiran.

"Mangsa telah terima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini," katanya dalam satu kenyataan, pada Sabtu.

Menurut Yahaya, pihaknya telah mengenalpasti tiga suspek terlibat dan usaha mengesan mereka sedang dijalankan.

"Ketiga-tiga suspek merupakan warga tempatan dianggarkan berusia 20-an.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja menyebabkan kecederaan menggunakan senjata," katanya.

Orang ramai yang mempunyai maklumat atau menyaksikan kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Amy Crystal Anak Barahen Tahir di talian 014-390 9719 bagi membantu siasatan.