Kerajaan Selangor bina perpustakaan kanak-kanak istimewa

Amirudin
Amirudin
A
A
A

SHAH ALAM - Kerajaan Selangor akan membina sebuah perpustakaan yang menyediakan kemudahan dan aktiviti khas untuk kanak-kanak istimewa di Perpustakaan Raja Tun Uda Fasa 2B, di sini.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, rancangan tersebut akan dilaksanakan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS).

Menurutnya, fasiliti yang diilhamkan oleh titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah akan dibina dengan kerjasama Jabatan Anis (Anak Istimewa Selangor).

"Ini bukan sekadar perpustakaan malah boleh menjadi pusat sehenti kepada anak-anak istimewa ini dalam membantu kos penjagaan yang tinggi.

"Kerajaan Selangor akan mengusahakan setiap perpustakaan daerah mempunyai kemudahan sama supaya setiap lapisan masyarakat merasainya.

"Inisiatif yang unik ini sangat dinantikan dan pasti akan memberi manfaat besar kepada masyarakat kelak," katanya dalam satu hantaran di Facebook, pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: