Piala Dunia: FIFA tolak rayuan Chile, Peru singkir Ecuador

FIFA menolak permohonan Chile dan Peru untuk menyingkirkan Ecuador daripada beraksi di Piala Dunia 2022 Qatar hujung tahun ini.
FIFA menolak permohonan Chile dan Peru untuk menyingkirkan Ecuador daripada beraksi di Piala Dunia 2022 Qatar hujung tahun ini.
A
A
A

PERSEKUTUAN Bola Sepak Dunia (FIFA), menolak permohonan Chile dan Peru untuk menyingkirkan Ecuador daripada beraksi di Piala Dunia 2022 Qatar hujung tahun ini.

Perkembangan itu diumumkan sendiri oleh Jawatankuasa Rayuan FIFA yang mengesahkan keputusan Jawatankuasa Displin selepas pendengaran diadakan pada Khamis lalu.

Berdasarkan dokumen yang ditunjukkan, pemain itu didapati memegang taraf penduduk tetap Ecuador, kata FIFA.

Persekutuan Bolasepak Chile (FFCh) sebelum ini mengemukakan aduan kepada FIFA berhubung apa yang didakwa sebagai penggunaan sijil kelahiran, pengisytiharan umur dan kewarganegaraan palsu dalam kes Castillo.

FFCh mendakwa mempunyai bukti bahawa pemain itu sebenarnya warga Colombia.

Di bawah peraturan FIFA, seseorang pemain tidak boleh mewakili sesebuah negara itu jika mereka bukan warganegara.

“Sepanjang hidup sebagai peguam, saya tidak pernah melihat ketidakadilan seperti ini.

“Hari yang sedih buat bola sepak dan keadilan. Mesejnya adalah jelas: penipuan dibenarkan. Kami akan merayu kepada CAS,” kata Eduardo Carlezzo, yang merupakan peguam mewakili FFCH.

Artikel Berkaitan: