Bilik jentera kapal layar terbakar, tiga kru selamat

Bot PERKASA 35 daripada Maritim Malaysia mengiringi kapal layar tersebut sehingga memasuki sempadan negeri Perak pada Jumaat.
Bot PERKASA 35 daripada Maritim Malaysia mengiringi kapal layar tersebut sehingga memasuki sempadan negeri Perak pada Jumaat.
A
A
A

SHAH ALAM - Sebuah kapal layar yang dalam perjalanan ke Pulau Pangkor, Perak mengalami kerosakan enjin akibat kebakaran di bilik jentera ketika belayar di perairan Sabak Bernam pada Jumaat.

Pengarah Maritim Negeri Selangor, Kepten Maritim V Siva Kumar berkata, maklumat berhubung kerosakan yang membawa seramai tiga kru kapal itu diterima daripada Sub-Pusat Menyelamat Maritim (MRSC) Johor Bahru pada jam 2 pagi.

Menurut beliau, akibat kejadian itu, kapal terbabit meneruskan pelayaran menggunakan layar sementara menunggu bantuan khidmat bot tunda untuk memasuki Pangkor Marina Malaysia (PMM) untuk pembaikan.

"Susulan kejadian itu, pada jam 2.15 petang Jumaat, bot PERKASA 35 daripada Maritim Malaysia telah diatur gerak ke lokasi untuk membuat pemantauan dan seterusnya mengiringi kapal layar tersebut sehingga memasuki sempadan negeri Perak bagi memastikan keselamatan kesemua penumpangnya," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Ujar beliau, bot dinaiki dua lelaki seorang warga tempatan dan warga Amerika Syarikat masing-masing berusia 62 dan 55 tahun serta seorang wanita tempatan berusia 51 tahun selamat dalam kejadian itu.

Justeru, katanya, Maritim Malaysia selaku agensi bertanggungjawab dalam menyelamatkan harta benda dan nyawa, merakamkan penghargaan kepada semua pihak terlibat dalam operasi itu.

Selain itu, katanya, orang ramai dan komuniti maritim diingatkan sentiasa memastikan aspek keselamatan diutamakan sebelum melakukan sebarang aktiviti di laut terutamanya cakna dengan keadaan cuaca.

"Sebarang aduan dan maklumat mengenai kegiatan jenayah serta kecemasan di laut, orang ramai boleh menghubungi Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor di talian 03-31760627 atau MERS 999 untuk tindakan segera.

Artikel Berkaitan: