Gangguan bekalan air di Kuantan Selasa ini

Beberapa kawasan di Kuantan akan mengalami gangguan bekalan air pada 20 September. - Gambar hiasan
Beberapa kawasan di Kuantan akan mengalami gangguan bekalan air pada 20 September. - Gambar hiasan
A
A
A

KUANTAN - Beberapa kawasan di Kuantan dijadual mengalami gangguan bekalan air bermula 8 pagi 20 September ini, ekoran kerja penyambungan paip air mentah secara pintasan di Mahkota Golf & Country Club (MGCC) di sini.

Ketua Pegawai Eksekutif Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP), Saiful Zaini Mohd Bokhari menerusi kenyataan di sini pada Jumaat berkata, kerja penyambungan paip itu dijangka mengambil tempoh 48 jam demi memastikan ia dilakukan dengan teliti.

"Kerja pemasangan paip pintasan ini sedang giat dijalankan dan telah mencapai tahap 80 peratus manakala baki 20 peratus kerja akan melibatkan penyambungan ke jajaran paip sedia yang memerlukan penutupan sementara bekalan air," katanya.

Antara kawasan yang dijadual mengalami gangguan bekalan ialah seluruh kawasan Beserah hingga sempadan Chendor, seluruh kawasan Gebeng dan Pelabuhan Kuantan, seluruh kawasan Jalan Jabor termasuk kawasan perumahan Semambu, Jalan Teluk Sisek, Alor Akar, Seri Kuantan, Kubang Buaya, Teluk Cempedak dan Tanjung Api.

Turut terlibat ialah Taman Gelora, Padang Lalang, Taman Selamat, seluruh kawasan Bukit Sekilau, Jalan Bukit Ubi, Taman Bukit Ubi, Taman Sungai Charu, Jalan Lim Hoe Lek, Jalan Haji Ahmad, Galing, Setali, Air Putih, Taman Fairmount, Bukit Beirut, Bukit Setongkol dan Cenderawasih.

Gangguan juga melibatkan RTP Bukit Goh, Bukit Goh Gen 2, Bukit Kuantan, sebahagian Tanjung Pasir, seluruh kawasan Indera Mahkota 1,2,3,5 dan 6, Kampung Tiram, Tiram Perdana, Taman Shahzan, Taman Radiance, KOMTUR, Terminal Sentral dan Balai Bomba dan Penyelamat Indera Mahkota.

PAIP bagaimanapun, tidak menyatakan jumlah akaun pengguna yang terlibat dengan gangguan itu.

Selain itu, Saiful Zaini berkata kerja tersebut juga dijangka menyebabkan beberapa kawasan mengalami tekanan air rendah antaranya di kawasan Panching Utara, Kampung Razali, Kampung Kurnia, Kampung Belukar, Permatang Badak Maju, Taman Inderapura, Taman Indera Sempurna, Taman Inderapura Jaya, Kampung Seri Melati dan Kampung Batu Putih.

Artikel Berkaitan:

Turut dijangka mengalami gangguan bekalan air ialah Kampung Penor, Penjara Penor, Kampung Semangat, Ubai, Cheruk Paloh, Kampung Hijrah, kawasan Pantai Sepat, Kampung Soi, Taman Soi Jaya, Taman Soi Baru, Kampung Kempadang, Bandar Kuantan Putri, Persis Ujana LKPP, Kampung Pahang, Taman Berjaya Permai dan Kempadang Perdana,

Turut terlibat ialah Kempadang Makmur, Kempadang Indah, Kempadang Jaya, Kempadang Baru, Kempadang Aman, Kampung Chempaka, Kampung Anak Air, Kampung Alor Kangkong, Kampung Pak Mahat, Taman Kuantan Jaya, Taman Aman Plus, Taman Derhaka, Bandar Putra, Peramu, Tanjung Lumpur dan Pormenade Villa.

"Selepas bekalan air disambung, pemulihan perbekalan akan mengambil masa sehingga 48 jam secara berperingkat. Tempoh masa gangguan dan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas juga berbeza bergantung kepada jarak premis pengguna dan tekanan pada sistem agihan bekalan air," menurut kenyataan itu.

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi talian Pusat Khidmat Pelanggan (PULAPEL) di talian 09-5739999. - Bernama