Cadang tukar nama jalan kepada Tun Dr S Samy Vellu

Laporan Sinar Harian mengenai kematian Tun Dr S Samy Vellu pada Khamis.
Laporan Sinar Harian mengenai kematian Tun Dr S Samy Vellu pada Khamis.
A
A
A

PETALING JAYA - Bekas Setiausaha Akhbar kepada mendiang Tun Dr S Samy Vellu mencadangkan kerajaan menukar nama Jalan Ipoh atau Jalan Raja Laut bersempena dengan nama bekas Presiden MIC itu.

Datuk E Sivabalan yang berkhidmat sebagai Setiausaha Akhbar Samy Vellu dari 2002 hingga 2008 dan kemudian sebagai setiausaha sulit kanannya dari 2010 hingga 2018 berkata, ia sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan bekas menteri itu kepada negara.

Beliau juga menggesa MIC mencadangkan agar kerajaan menamakan semula Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia atau Universiti AIMST di Kedah dengan nama Tun Dr S Samy Vellu yang membantu menubuhkannya.

“Universiti berkenaan yang diuruskan oleh Maju Institute of Educational Development atau MIED, sayap pendidikan MIC diilhamkan oleh mendiang.

“Jasa dan pengorbanan beliau kepada pembangunan negara khususnya dalam sektor infrastruktur negara perlu diiktiraf,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Samy Vellu yang juga Ahli Parlimen Sungai Siput dari 1974 hingga 2008 meninggal dunia pagi semalam pada usia 86 tahun.

Artikel Berkaitan: