Mesyuarat MKT UMNO ditangguh 30 September depan

Ahmad Maslan
Ahmad Maslan
A
A
A

SHAH ALAM - Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO yang dijadualkan berlangsung pada Sabtu malam ditangguhkan ke 30 September depan.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan memaklumkan, penangguhan itu ekoran Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang juga Naib Presiden parti terlibat dengan Majlis Perasmian Sukan Malaysia (Sukma) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi pada malam berkenaan.

“Dimaklumkan bahawa Mesyuarat MKT UMNO yang dijadualkan pada hari Sabtu, 17 September 2022 jam 8 malam adalah ditangguhkan.

“Tarikh baharu mesyuarat ialah pada Jumaat 30 September 2022 jam 8 malam yang merupakan mesyuarat penuh MKT UMNO,” katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Pada Rabu, Ismail Sabri memaklumkan perjumpaan lima pemimpin tertinggi UMNO bagi membincangkan berkenaan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang dijadualkan Sabtu ini ditangguhkan ke satu tarikh yang akan diumumkan kemudian.

Ini termasuk mesyuarat MKT Khas yang sepatutnya diadakan pada hari sama turut ditangguhkan.

Sebelum ini, Ismail Sabri berkata, perjumpaan pemimpin tertinggi itu mungkin diadakan lebih awal sebelum pembentangan Bajet 2023 yang dijadualkan pada 7 Oktober.

Artikel Berkaitan: