38 motosikal disita atas pelbagai kesalahan

Antara motosikal yang disita dalam serbuan pada Rabu.- Foto FB JSPT KL
Antara motosikal yang disita dalam serbuan pada Rabu.- Foto FB JSPT KL
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak 38 buah motosikal disita dalam serbuan ke atas sekumpulan penunggang yang berkumpul beramai-ramai di stesen minyak di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2), di sini pada malam Rabu.

Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur dalam satu hantaran di Facebook berkata, serbuan itu dijalankan anggota unit penguatkuasaan sekitar jam 9.30 malam.

"Serbuan yang dijalankan pada jam lebih kurang 9.30 malam oleh Unit Penguatkuasaan JSPT KL telah menyita lebih kurang 38 buah motosikal atas kesalahan di bawah Seksyen 60 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (APJ).

"Kesemua motosikal disita akan diuji oleh pihak Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan diserahkan semula kepada pemilik setelah selesai ujian dan ditukarkan semula kepada struktur ekzos yang asal," menurut hantaran berkenaan.

Sementara itu, JSPT Kuala Lumpur memaklumkan, seorang lelaki turut ditahan mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955 kerana didapati menggunakan nombor pendaftaran palsu.

"Suspek akan dituduh di bawah Seksyen 108(3)(e) APJ kerana memalsukan nombor pendaftaran kenderaan," katanya.

Artikel Berkaitan: