Kayuhan sejarah semarak semangat patriotisme

Sebahagian daripada peserta yang terlibat dalam kayuhan sejarah anjuran KPBKP dengan kerjasamaRumah Klasik Kuantan.
Sebahagian daripada peserta yang terlibat dalam kayuhan sejarah anjuran KPBKP dengan kerjasamaRumah Klasik Kuantan.
A
A
A

KUANTAN - Bagi menyemarakkan semangat patriotisme sempena sambutan Hari Malaysia, seramai 51 individu menyertai program kayuhan sejarah sejauh lapan kilometer mengelilingi Bandaraya Kuantan.

Program anjuran Kelab Pemilik Basikal Klasik Pahang (KPBKP) dengan kerjasama Rumah Klasik Kuantan itu disertai pelbagai peringkat umur.

Ahli Jawatankuasa Kelab Basikal Klasik Kuantan, Faizal Izwa Nawi, 41, berkata, program kayuhan sejarah diadakan menghidupkan suasana sambutan Hari Malaysia sekali gus mengingati hari penubuhan Malaysia yang ke-59 tahun pada 16 September.

Menurutnya, peserta juga akan menghargai sejarah negara menerusi lokasi-lokasi yang menjadi persinggahan menerusi program berkenaan.

"Saya bukan pakar sejarah tetapi meminatinya dan suka berkongsi tentangnya (kisah sejarah) mengenai kawasan bersejarah di sekitar Kuantan.

Seramai 51 peserta menyertai kayuhan sejarah sempena sambutan hari Malaysia.
Seramai 51 peserta menyertai kayuhan sejarah sempena sambutan hari Malaysia.

"Melalui kayuhan sejarah ini, peserta dapat belajar tentang sejarah kerana kayuhan basikal akan berhenti di beberapa lokasi terpilih yang mempunyai nilai sejarah antaranya lokasi (kawasan bersejarah) bangunan yang masih ada atau terbengkalai.

"Sesi penerangan sejarah akan diberikan di setiap lokasi persinggahan sebagai informasi kepada peserta," katanya ketika ditemui selepas berakhirnya program kayuhan sejarah di Taman Kerang di sini pada Jumaat.

Artikel Berkaitan:

Kayuhan itu bermula di Taman Kerang seawal jam 8 pagi dan melalui Jalan Teluk Sidek menghalang ke simpang empat Tanjung Lumpur serta melalui Jalan Besar Kuantan sebelum berakhir kembali di Taman Kerang.

Menurutnya, kayuhan sejarah itu merupakan program julung kali diadakan bagi mengeratkan hubungan dalam kalangan peserta.

"Pada 31 Ogos lalu, kita anjur kayuhan perarakan sempena kemerdekaan, hari ini (Jumaat) kita meganjurkan kayuhan sejarah buat kali pertama.

"Acara sebegini dicadangkan untuk dianjurkan setiap tahun dan terbuka kepada mereka yang berminat," ujarnya lagi.