Utamakan produk tempatan untuk sumbangan mangsa banjir

Rosol (dua dari kanan) diiringi Presiden Lotus's Malaysia, Kenneth Chuah (dua dari kiri) melawat reruai disediakan sempena pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia di Shah Alam pada Khamis.
Rosol (dua dari kanan) diiringi Presiden Lotus's Malaysia, Kenneth Chuah (dua dari kiri) melawat reruai disediakan sempena pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia di Shah Alam pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu yang bakal terlibat dalam misi bencana banjir disaran mengutamakan pembelian produk tempatan sebagai barang sumbangan kepada mangsa terbabit dalam bencana itu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid berkata, langkah itu secara tidak langsung dapat membantu pengusaha khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) memajukan perniagaan mereka.

"Kita tahu rakyat Malaysia adalah rakyat yang budiman. Apa sahaja bencana berlaku, ramai yang tampil untuk beri bantuan dan harapan saya, barangan bantuan itu pilihlah barangan buatan Malaysia.

"Ini kerana kita ada pelbagai jenis barangan untuk pakaian, makanan, peralatan elektrik dan sebagainya," katanya pada Majlis Pelancaran Kempen Beli Barangan Malaysia (KBBM) di Lotus's Shah Alam di sini pada Khamis.

Dalam pada itu, Rosol berkata, kementeriannya mengunjurkan peningkatan 2.5 peratus nilai jualan sempena KBBM tahun ini daripada RM3.2 bilion dicatatkan pada kempen sama tahun lepas.

Beliau berkata, unjuran itu adalah selaras dengan perkembangan pemulihan ekonomi yang rancak ketika ini dan dengan promosi berterusan KBBM, ia akan melonjakkan permintaan barangan tempatan dalam pasaran.

Artikel Berkaitan: