Jeritan jiran selamatkan seorang wanita

Bomba sedang memadam kebakaran rumah mangsa. -Foto ihsan bomba
Bomba sedang memadam kebakaran rumah mangsa. -Foto ihsan bomba
A
A
A

REMBAU - Jeritan jiran berjaya menyelamatkan seorang wanita daripada maut apabila rumah sewa didiami musnah dalam kebakaran di Kampung Merasau Chengkau di sini pada Khamis.

Kejadian jam 7.12 pagi itu turut memusnahkan dua buah motosikal milik mangsa.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Rembau, Mohd Izwan Md Said berkata, ketika kejadian mangsa berusia 20-an sedang tidur, manakala suaminya sudah keluar bekerja.

"Difahamkan rumah itu dihuni sepasang suami isteri bersama dua anak mereka, namun kedua-dua anaknya dihantar ke kampung.

"Mangsa yang sedang tidur terjaga apabila terdengar jeritan jiran dan bergegas keluar menyelamatkan diri selepas mendapati api sedang marak," katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Keadaan rumah sewa mangsa yang terbakar. -Foto ihsan bomba
Keadaan rumah sewa mangsa yang terbakar. -Foto ihsan bomba

Menurutnya, dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota dan Rembau serta 16 pegawai dan anggota telah ke lokasi bagi memadam kebakaran.

Bagaimana pun katanya, api marak dengan cepat memandangkan keadaan rumah yang separa papan dan operasi sepenuhnya berakhir jam 9.20 pagi.

Artikel Berkaitan:

"Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan namun difahamkan sebelum tidur mangsa ada memasang lilin," katanya.