Kedah tewaskan Selangor 3-1

Ngah Wanja menjaringkan gol pertama KDA FC membantu pasukan itu menewaskan Selangor FC 3-1 pasa aksi Liga Super 2022 di Alor Setar pada malam Rabu. - Foto KDA FC
Ngah Wanja menjaringkan gol pertama KDA FC membantu pasukan itu menewaskan Selangor FC 3-1 pasa aksi Liga Super 2022 di Alor Setar pada malam Rabu. - Foto KDA FC
A
A
A

KEDAH Darul Aman (KDA) FC mencatatkan kemenangan kelapan mereka dalam saingan Liga Super 2022 selepas berjaya menewaskan Selangor FC 3-1 di Stadium Darul Aman pada Rabu.

Kejayaan itu membantu Sang Kenari untuk mendaki tangga ke kelima liga dengan mengumpul 27 mata sekali gus membuka peluang buat mereka terus mencabar kedudukan empat pasukan terbaik Liga Super.

Ronald Ngah Wanja membuka jaringan awal KDA FC pada minit ke-22 untuk meletakkan pasukan tuan rumah di hadapan 1-0 selepas memanfaatkan hantaran Mahmoud Al Mardi menerusi sepakan percuma.

Pertahanan tengah KDA FC, Marc Vales kemudiannya membantu pasukan itu untuk terus selesa di hadapan 2-0 pada minit ke-30 selepas menanduk masuk gol hasil hantaran Ngah Wanja.

Bagaimanapun, Selangor FC tidak mengambil masa lama untuk merapatkan jurang kedudukan 2-1 apabila penyerangnya, Caion menjaringkan gol tiga minit kemudian selepas menerima hantaran Hein Htet Aung.

Pada separuh masa kedua, kedua-dua pasukan kembali menyusun permainan dan saling berbalas serangan ke kubu lawan masing-masing.

Pemain gantian KDA FC, Fayyadh Zulkifli menutup peluang pasukan pelawat untuk bangkit sekurang-kurangnya menyamakan kedudukan apabila meledakkan gol pada masa kecederaan untuk kedudukan 3-1 selepas bijak menyambar bola hantaran Mahmood.

Artikel Berkaitan: