Air terjun di Tasik Kenyir keruh bukan disebabkan pembalakan

Keadaan air terjun Sungai Lasir di Tasik Kenyir yang keruh dipercayai berpunca daripada kesan aktiviti pembalakan yang berlaku di kawasan itu.
Keadaan air terjun Sungai Lasir di Tasik Kenyir yang keruh dipercayai berpunca daripada kesan aktiviti pembalakan yang berlaku di kawasan itu.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Keadaan air terjun Sungai Lasir di Tasik Kenyir yang keruh dan berkeladak bukan disebabkan aktiviti pembalakan.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, situasi itu berlaku akibat hujan lebat dan aliran lumpur dari bukit yang turun memasuki tasik dan sungai di kawasan berkenaan.

"Situasi yang berlaku ketika ini tiada kena mengena dengan pembalakan. Kalau kita masih ingat (banjir buruk akhir Februari lalu) ada kelihatan seolah-olah kayu-kayu balak yang jatuh (ke dalam tasik) akibat banjir.

"Ada pihak kata ini disebabkan oleh pembalakan sedangkan penelitian Jabatan Perhutanan serta jabatan-jabatan lain yang berkaitan malah saya sendiri membuat tinjauan di situ ketika itu mendapati ia bukan disebabkan pembalakan.

"Runtuhan bukit akibat hujan lebat serta aliran air yang hanyut bersama kayu menyebabkan ia dilihat seolah-olah berpunca daripada aktiviti pembalakan, tetapi tidak sebenarnya," katanya ketika sidang akhbar selepas majlis penyerahan tunggakan elaun imam, bilal masjid dan mukim Terengganu di Wisma Darul Iman di sini pada Rabu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai keadaan air keruh dan berkeladak yang berlaku di kawasan air terjun di Tasik Kenyir yang dipercayai berpunca daripada aktiviti pembalakan.

"Saya sentiasa berkomunikasi dengan Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri sekiranya ada isu-isu baharu dan buat masa ini tiada aktiviti seumpama itu (pembalakan) yang menjadi punca kepada situasi itu.

"Semua aktiviti melibatkan perhutanan dan pembalakan di Terengganu mempunyai syarat yang ketat bagi mengelak berlaku pencemaran dan kemusnahan hutan," katanya.

Artikel Berkaitan: