Suri rumah didakwa toreh bekas suami

Norhayati (dua dari kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu.
Norhayati (dua dari kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu.
A
A
A

MELAKA - Seorang suri rumah didakwa di Mahkamah Majistret di sini, pada Rabu, atas pertuduhan memukul dan mencederakan bekas suaminya dengan menoreh belakang mangsa menggunakan pisau.

Norhayati Serurahman, 33, bagaimanapun membuat pengakuan tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapat Majistret Muhammae Izwan Mohamed Noh.

Berdasarkan pertuduhan, Norhayati didakwa mencederakan Mohamad Sabri Hussin, 33 dengan cara menoreh belakang badan mangsa dengan pisau selepas berlaku perselisihan faham antara mereka.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah bernombor 37-4 Kampung Tambak Sebelong, Kandang pada jam 2.45 pagi, Mei tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 322/326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun dan denda RM4,000 jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, Norhayati telah bertengkar sebelum menumbuk muka dan menoreh belakang badan bekas suaminya dengan pisau hingga cedera.

Dia juga dipercayai mengancam untuk membunuh Mohamad Sabri.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Fikri Hakim Zamri manakala tertuduh tidak diwakli peguam.

Artikel Berkaitan:

Mahkamah membenarkan Norhayati diikat jamin RM2,000 dengan seorang penjamin.