Cahaya misteri di utara India sebenarnya satelit

Satu deretan cahaya misteri yang disangka UFO oelh penduduk tempatan di Uttar Pradesh. - Foto Twitter
Satu deretan cahaya misteri yang disangka UFO oelh penduduk tempatan di Uttar Pradesh. - Foto Twitter
A
A
A

NEW DELHI - Penduduk di negeri Uttar Pradesh, utara India melihat satu deretan cahaya misteri pada waktu malam baru-baru ini.

Cahaya itu dilihat di beberapa tempat di negeri tersebut seperti di Shravasti, Hardoi, Lucknow dan Kanpur manakala rakaman video serta gambar fenomena tersebut dikongsi di media sosial sehingga mencetuskan khabar angin ia mungkin objek terbang yang tidak dikenali (UFO).

Menurut seorang pengguna media sosial, dia melihat cahaya misteri tersebut pada jam 7.15 malam seperti kereta api yang sedang bergerak di langit.

Namun, sumber pertahanan kemudian mengesahkan bahawa cahaya tersebut adalah satelit.

Pada awalnya laporan media menyatakan bahawa ia adalah satelit internet Starlink yang dikeluarkan syarikat SpaceX milik bilionair paling kaya di dunia, Elon Musk, lapor agensi berita ANI.

Sejumlah roket SpaceX Falcon 9 milik Space Xtelah pun menghantar lebih 3,000 satelit Starlink ke orbit dalam usaha untuk meningkatkan perkhidmatan jalur lebar yang disasarkan di kawasan yang terpencil.

Roket-roket itu berlepas dari Stesen Angkatan Angkasa Cape Canaveral di pantai timur Florida, Amerika Syarikat. - Agensi

Artikel Berkaitan: