Menteri janji teliti isu PR1MA Rantau

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddi. - Foto Sinar Harian/ADAM AMIR HAMZAH
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddi. - Foto Sinar Harian/ADAM AMIR HAMZAH
A
A
A

SEREMBAN - Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ( KPKT) berjanji akan meneliti projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) Rantau di Bandar Ekar, di sini, yang masih belum disiapkan.

Menterinya, Zuraida Kamaruddin berkata, buat masa ini beliau belum mendapat sebarang maklumat mengenainya.

"Kalau ikut kita punya keputusan, rumah yang dalam pembangunan kita teruskan. Jadi yang ini saya tidak tahu apa isunya, rumah tertangguh.

"Bukan kes PR1MA saja tapi banyak jadi begitu. Tak mengapa, saya akan lihat projek PR1MA Bandar Ekar ini," katanya ketika sidang media di program hi-tea bersama beliau di Kuala Sawah di sini, hari ini.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menghadiri majlis Hi-Tea di Pekan Kuala Sawah, di sini, hari ini.- Foto Sinar Harian/ADAM AMIR HAMZAH
Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin menghadiri majlis Hi-Tea di Pekan Kuala Sawah, di sini, hari ini.- Foto Sinar Harian/ADAM AMIR HAMZAH

Terdahulu, Sinar Harian melaporkan keluhan pembeli projek PR1MA Rantau yang terbengkalai walaupun sepatutnya siap Januari lalu.

ARTIKEL BERKAITAN: Pembeli kesal rumah PR1MA terbengkalai

Mengulas lanjut, Zuraida berkata, kemungkinan kerajaan akan mencari kontraktor baharu untuk menyelamatkan projek itu jika ia bukan berpunca daripada masalah kewangan.

Artikel Berkaitan:

"Kebanyakan projek rumah yang ada masalah kontraktor itu sebab tak dapat teruskan projek kerana masalah kewangan. Tetapi jika kontraktor tiada masalah kewangan, kemungkinan kita akan mencari kontraktor penyelamat untuk meneruskan projek itu.

"Namun disebabkan PR1MA ini kita sedang semak audit transaksi bisnesnya, maka banyak perkara kita belum dapat laporan. Saya akan tengok apa isu dan telefon Pengerusi PR1MA," katanya.

Malah, beliau juga bersedia mengadakan pertemuan dengan pembeli-pembeli bagi mendengar keluhan mereka.