Isu projek OPV: PAC digesa siasat segera

Laporan Sinar Harian pada Selasa
Laporan Sinar Harian pada Selasa
A
A
A

SHAH ALAM - Pakatan Harapan (PH) terus mendesak Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) agar melakukan siasatan berhubung projek kapal peronda luar pesisir (OPV) yang didakwa melibatkan salah tadbir peruntukan sebanyak RM738.9 juta.

Pengerusi PH Negeri Perak, Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa berkata, siasatan tersebut penting memandangkan ia melibatkan aset Agensi Penguatkuasaan Maritim (Maritim Malaysia) yang mempengaruhi keperluan keselamatan untuk melindungi perairan negara.

Ahli Parlimen Parit Buntar itu turut mempersoalkan bagaimana dua syarikat kejuruteraan yang terlibat dengan pembinaan kapal itu diberikan kontrak sedangkan pihak tersebut berhadapan dengan masalah kewangan.

“Saya dimaklumkan para vendor menuntut hutang tertunggak yang gagal dilunaskan menyebabkan semua urusan persiapan OPV tergendala termasuk dengan OEM (Original Equipment Manufacturer).

“Syarikat tersebut telah dinyah senaraikan dan kemungkinan akan dipaksa untuk gulung tikar atas beban hutang yang ditanggungnya.

“Nama syarikat yang disebut dalam kenyataan saya ini semuanya bermasalah dan saya bimbang keperluan keselamatan untuk melindungi perairan negara turut terjejas dengan kelewatan ini,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Maritim, Laksamana Maritim Datuk Mohd Zubil Mat Som menjelaskan bahawa tiga kapal OPV yang sedang dalam pembinaan dijangka diterima pada awal tahun hadapan.

Ujarnya, perkara tersebut disebabkan pandemik Covid-19 sebelum ini yang menyumbang kepada kelewatan penyerahan kapal-kapal tersebut kepada pihak maritim.

Artikel Berkaitan: