Pelan Pascabayar Celcom tawar nilai, penjimatan terbaik

Loo Fun (empat dari kanan) bergambar bersama kakitangan Celcom.
Loo Fun (empat dari kanan) bergambar bersama kakitangan Celcom.
A
A
A

SHAH ALAM - Pelan pascabayar Celcom Axiata Berhad (Celcom) telah ditambah baik bagi memenuhi pelbagai jenis keperluan internet untuk keluarga pelbagai saiz dengan memberikan kuota internet, pilihan terluas dan pelbagai peranti percuma serta pelan semua dalam satu iaitu pelan Home Fibre dan Pascabayar.

Celcom dalam satu kenyataan berkata, syarikat telekomunikasi itu telah memperbaharui pelan pascabayar dan fibre bagi memenuhi keperluan pelajar, pekerja yang baharu memulakan pekerjaan dan keluarga dengan memberikan nilai terbaik, mengikut kesesuaian keperluan mereka.

“Pelan Mega dan Xpax Postpaid Celcom telah ditambah baik untuk memberi lebih banyak pada harga yang lebih murah, dengan memberikan lebih banyak kuota pada harga yang sama,” jelas kenyataan itu pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, menerusi pelan pascabayar Mega Lightning Family Celcom, ia ditambah baik dengan tambahan kuota internet sebanyak 10GB dan hingga enam Talian Keluarga.

“Dengan minimum dua Talian Keluarga, pelanggan Celcom Mega Lightning atau Mega Unlimited akan menikmati rebat sebanyak RM20 (diskaun 50 peratus) untuk setiap Talian Keluarga selama enam bulan,” kata kenyataan itu.

Menurut kenyataan itu, menerusi pelan pascabayar Celcom Xpax 40 menawarkan 20GB dengan harga yang sama untuk kuota internet berganda manakala Celcom Xpax Postpaid 60 menawarkan 40GB kuota internet berkelajuan tinggi.

“Samsung Galaxy A03 percuma, kuota internet tambahan sebanyak 5GB apabila mendaftar dan akses tanpa had untuk YouTube, Instagram, WhatsApp dan Facebook,” katanya.

Menurut kenyataan itu, pelanggan Celcom yang inginkan Talian Keluarga yang berpatutan serta kesalinghubungan internet tanpa sebarang kebimbangan untuk kediaman mereka, Celcom menawarkan pelan konvergen yang berpatutan dengan internet tanpa had berkelajuan tinggi sehingga 100Mbps, 300Mbps atau 500Mbps.

Artikel Berkaitan:

“Menerusi pelan pascabayar dan fiber semua dalam satu, penjimatan seumur hidup sebanyak RM191 sebulan.

“Menyediakan sehingga enam Talian Keluarga, dengan internet tanpa had pada harga RM20 untuk setiap talian. Kesalinghubungan internet Home Fibre percuma apabila melanggan dua pelan Celcom Mega Unlimited pada harga RM158 untuk setiap satu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Perniagaan Celcom Axiata Berhad, Chee Loo Fun berkata, Celcom sentiasa menginovasi produk dan perkhidmatan dengan penawaran mampu milik serta penjimatan yang terbaik kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Kami juga menawarkan penjimatan hebat kepada keluarga Malaysia untuk memiliki telefon pintar serba baharu, termasuk peranti terkini yang menyokong rangkaian 5G.

“Bagi keluarga yang inginkan kesalinghubungan internet tanpa sebarang kebimbangan, mereka boleh memilih pelan konvergen kami yang memberikan kebaikan dari kedua-dua Home Fibre serta pelan pascabayar. Mereka kekal terhubung untuk kesemua keperluan digital sama ada untuk keperluan kerja, permainan, penstriman video ataupun pembelajaran mereka,” katanya.

Tambah Loo Fun, Celcom akan terus menjadi penyedia perkhidmatan yang boleh dipercayai kepada pelanggannya dengan memberikan liputan terluas serta prestasi rangkaian yang konsisten.