Jangan politikkan lagi isu ICERD
Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, Kerajaan Negeri juga berpegang kepada pendirian yang sama.
“Cuma permintaan saya, janganlah politikkan lagi isu ini kerana ia akhirnya akan membawa kepada perpecahan antara kita. Sepatutnya, kita di Johor menunjukkan contoh baik.
“Kita perlu menolak perundangan yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan dan juga Undang-Undang Tubuh Kerajaan Johor 1895,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Mesyuarat Ketiga (Belanjawan Johor 2019) Bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Negeri Johor Ke-14 di Kota Iskandar di sini hari ini.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!