Aksi Liga Europa Arsenal, PSV Eindhoven tangguh

Stadium Emirates
Stadium Emirates
A
A
A

PERLAWANAN berprofil tinggi Liga Europa, Arsenal dan PSV Eindhoven ditangguhkan berikutan kekurangan anggota keselamatan yang terlibat persediaan pengebumian Ratu Elizabeth II.

"Penangguhan disebabkan kekurangan anggota keselamatan yang menyaksikan pengehadan sumber anggota terlibat untuk majlis pengebumian Ratu Elizabeth II," kata Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), pada Isnin.

Menurut UEFA, tarikh baharu perlawanan Kumpulan A yang dijadualkan di laman keramat The Gunners, Stadium Emirates akan dimaklumkan dalam masa terdekat.

Kemangkatan Ratu Elizabeth II pada usia 96 tahun membawa kepada penangguhan pelbagai acara sukan di Britain pada hujung minggu termasuk perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Bola Sepak Inggeris (EFL).

Bagaimanapun, EFL pentadbir tiga divisyen berkata, perlawanan akan kembali seperti dijadualkan bermula Selasa manakala perlawanan EPL bersambung hujung minggu ini.

Sementara itu, perlawanan Liga Juara-Juara pertengahan minggu di England juga akan diteruskan, namun perlawanan di tempat sendiri kelab liga Scotland, Rangers menentang sensasi Serie A, Napoli pada Rabu dijadualkan semula pada Khamis atas alasan sama.