KKM syor cuti khas saringan kesihatan

A
A
A

REMBAU - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mencadangkan kepada majikan supaya diberikan cuti khas sehari kepada pekerja mereka untuk menjalani saringan kesihatan.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, ia berikutan golongan ini (pekerja) terpaksa mengambil cuti daripada jumlah yang dibenarkan sebelum ini untuk tujuan tersebut.

"Saya mohon majikan memberikan cuti tambahan untuk saringan kesihatan sehari setahun kepada pekerja.

"Kalau tidak, mereka mungkin tak ada masa. Waktu bekerja tak boleh pergi, hari minggu sibuk dengan anak-anak dan keluarga. Akhirnya mereka tak dapat buat saringan kesihatan," katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Program Merdeka @ Parlimen Rembau di Balai Raya Kampung Seri Kendong di sini pada Ahad.

Khairy (tiga dari kiri) ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang pada program berkenaan.
Khairy (tiga dari kiri) ketika menyampaikan hadiah kepada pemenang pada program berkenaan.

Mengulas lanjut, Khairy berkata, cadangan itu juga akan dibincangkan dalam Belanjawan 2023 nanti susulan ia memberi kesan kepada majikan.

Pada Julai lalu, Khairy dilaporkan berkata, kesedaran rakyat mengenai kepentingan saringan kesihatan masih lagi rendah.

Menurut beliau, 53 peratus rakyat Malaysia tidak menyaring kesihatan sejak setahun lalu.

Artikel Berkaitan: