Lelaki maut kereta terbabas masuk parit

Keadaan sebuah kereta yang terbabas memasuki parit menyebabkan seorang mangsa maut dalam nahas di Parit Buntar pada Sabtu. Foto: Ihsan pembaca
Keadaan sebuah kereta yang terbabas memasuki parit menyebabkan seorang mangsa maut dalam nahas di Parit Buntar pada Sabtu. Foto: Ihsan pembaca
A
A
A

PARIT BUNTAR - Seorang lelaki maut dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 116 Jalan Ipoh - Butterworth berhampiran Sungai Rawa di sini pada Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.55 malam itu, mangsa, G Sasitaran, 29, yang bekerja sebagai pemandu lori disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mazuki Mat berkata, kemalangan membabitkan kereta jenis Inokom Kappa yang dipandu mangsa dan pacuan empat roda, Toyota Hilux yang dinaiki empat individu.

"Kemalangan dipercayai berlaku semasa mangsa memandu kereta menghala ke Parit Buntar telah membuat pusingan U untuk berpatah balik ke arah Bagan Serai.

"Kereta mangsa tiba-tiba dilanggar di bahagian kiri oleh Toyota Hilux menyebabkan kedua-dua kenderaan terbabit terbabas memasuki parit," katanya di sini pada Ahad.

Menurutnya, dua penumpang Toyota Hilux, remaja lelaki berusia 18 tahun dan seorang wanita berusia 54 tahun yang mengalami sakit di bahagian badan serta tangan dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan.

"Akibat daripada kemalangan itu, mangsa mengalami kecederaan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar dan bedah siasat dilakukan setelah ujian Covid-19 diperoleh.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan lanjut diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.