Selangor FC kecewakan Sabah FC di Stadium Likas

Antara aksi pemain dalam saingan Liga Super, Selangor FC menentang Sabah FC di Stadium Likas. - Foto Selangor FC
Antara aksi pemain dalam saingan Liga Super, Selangor FC menentang Sabah FC di Stadium Likas. - Foto Selangor FC
A
A
A

SELANGOR FC berjaya memperolehi tiga mata apabila menewaskan Sabah FC dengan keputusan 3-2, dalam saingan Liga Super di Stadium Likas malam ini.

Pada awal permainan, kedua-dua pasukan mempamerkan permainan dengan beberapa percubaan, namun gagal menghasilkan sebarang gol.

Namun, Selangor berjaya mendahului pada minit ke-24 hasil jaringan Mukhairi Ajmal menerusi sepakan kencang dari luar kotak penalti, yang berjaya menewaskan penjaga gol tuan rumah, Khairul Fahmi Che Mat.

Pasukan pelawat kendalian jurulatih Mohd Nizam Jamil, tidak menunggu lama untuk menjarakkan lagi kedudukan selepas, apabila ketua pasukan Brendan Gan berjaya menyudahkan hantaran pendek daripada Herlison Caion, seminit kemudian.

Tidak mahu ketingalan, pasukan tuan rumah kendalian Datuk Ong Kim Swee kemudiannya cuba mengatur serangan dan pada minit ke-30 Sabah berjaya merapatkan jurang apabila Baddrol Bakhtiar menyempurnakan sepakan percuma.

Pada minit ke-40, Sabah berjaya menyamakan kedudukan apabila pemain import Jose Embalo, berjaya menjaringkan sulung setelah tujuh penampilan bersama skuad The Rhinos dan keputusan kekal 2-2 sehingga tamat masa pertama.

Bermula babak kedua kedua-dua pasukan masing-masing cuba mengatur serangan namun pasukan pelawat lebih mendominasikan perlawanan.

Pada minit ke-76, pasukan pelawat berjaya memperolehi gol ketiga hasil umpanan Aliff Haikal yang berjaya disempurnakan oleh Hein Htet Aung menewaskan Damien Lim yang menggantikan Khairul Fahmi.

Artikel Berkaitan:

Walaupun tewas malam ini, Sabah terus kekal di tangga kedua Liga Super selepas mengutip 36 mata manakala Selangor di tangga kelapan dengan meraih 20 mata. - Bernama