Kekecohan kecil berlaku di pintu masuk Stadium Nasional

Para penyokong meminta pihak berkuasa membuka pintu pagar lebih awal bagi mengelak dibasahi hujan.
Para penyokong meminta pihak berkuasa membuka pintu pagar lebih awal bagi mengelak dibasahi hujan.
A
A
A

KEKECOHAN kecil dilaporkan berlaku di beberapa pintu masuk di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil apabila para penyokong meminta pihak berkuasa membukanya lebih awal.

Ia kerana penyokong-penyokong mahu mengelakkan diri daripada basah memandangkan keadaan cuaca yang mula hujan di kawasan sekitar stadium tersebut.

Difahamkan pintu stadium akan dibuka jam 6 petang seperti ditetapkan Liga Bolasepak Malaysia(MFL) sekali gus penyokong bola sepak perlu menunggu lebih sejam sebelum memasuki venue berkenaan.

Rata-rata penyokong mula menjerit dan meminta pintu dibuka lebih awal selepas melihat terdapat beberapa penyokong sudah berada di dalam stadium.

Bagaimanapun pihak polis bertindak cepat apabila mengawal keadaan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku.

Artikel Berkaitan: