PRU15: Bung Moktar pertahan kerusi Parlimen Kinabatangan

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin ditemui pemberita selepas merasmikan Program Gelombang Biru dan Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Kota Belud dan Tuaran, di Dewan Masyarakat Tun Said, Kota Belud, pada Sabtu.
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin ditemui pemberita selepas merasmikan Program Gelombang Biru dan Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Kota Belud dan Tuaran, di Dewan Masyarakat Tun Said, Kota Belud, pada Sabtu.
A
A
A

KOTA BELUD - Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin akan mempertahankan kerusi itu jika dicalonkan semula pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Ketua UMNO Sabah itu berkata, walaupun berdepan cabaran termasuk kes mahkamah yang sedang dilaluinya ketika ini, beliau yakin dapat mengatasinya.

"Insya-ALLAH, kalau dicalonkan saya akan pertahankan (kerusi Parlimen Kinabatangan)," katanya ringkas kepada pemberita selepas merasmikan Program Gelombang Biru dan Pelancaran Jentera Barisan Nasional (BN) Kota Belud dan Tuaran, di Dewan Masyarakat Tun Said, pada Sabtu.

Beliau ditanya sama ada akan mempertahankan kerusi Parlimen disandangnya sejak tahun 1999 itu pada PRU15.

Dalam pada itu, Timbalan Ketua Menteri Sabah tersebut mengakui kes mahkamah dihadapinya sedikit sebanyak turut menganggu karier politiknya.

"Setakat ini belum lagi (ada kesan), tetapi tidak dapat dinafikan ia akan menjadi kekangan tetapi saya cuba asingkan masalah peribadi dengan masalah kepimpinan mengurus parti sebab bagi saya parti lebih utama.

"Kalau saya cakap ia tidak menganggu, tidak mustahil tetapi Insya-ALLAH saya sudah lama dalam politik dan yakin boleh mengatasi masalah ini," katanya.

Pada PRU14 Bung Moktar berjaya memenangi kerusi Parlimen Kinabatangan dengan majoriti sebanyak 9,478 undi dalam pertembungan tiga penjuru.

Artikel Berkaitan: