Kelantan United, Kelantan FC bakal beraksi sebelah malam

Tiang lampu limpah Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu sudah dinaikkan bermula pada Sabtu.
Tiang lampu limpah Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu sudah dinaikkan bermula pada Sabtu.
A
A
A

AKSI Liga Premier membabitkan pasukan Kelantan United dan Kelantan FC bakal berlangsung pada sebelah malam tidak lama lagi susulan tiang lampu limpah Stadium Sultan Muhammad IV sudah dinaikkan bermula pada Sabtu.

Exco Belia, Sukan dan NGO Kelantan, Wan Roslan Wan Hamat berkata, sebagai permulaan dua batang tiang lampu limpah yang sudah dinaikkan itu akan diuji terlebih dahulu.

"Ujian itu melibatkan tahap kecerahan lampu limpah yang dipasang supaya mencapai lux sebagaimana ditetapkan pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL)," katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Beliau berkata, selepas ini dua lagi tiang lampu limpah bakal dinaikkan dan jika semua berjalan lancar aksi pasukan Kelantan United serta Kelantan FC dijangka berlangsung pada waktu malam.

Sinar Harian 15 Ogos lalu melaporkan, kerajaan Kelantan akan mengadakan lawatan ke kilang pembekal lampu limpah di Shah Alam untuk melihat sendiri masalah yang sedang dihadapi pihak terbabit susulan kegagalan berbuat demikian sebagaimana tempoh dijanjikan.

Pemasangan lampu limpah baharu itu merupakan sebahagian daripada kerja-kerja naik taraf Stadium Sultan Muhammad IV selain kerja-kerja baik pulih kerosakan pada struktur bangunan.

Keseluruhan kerja-kerja naik taraf itu membabitkan peruntukan berjumlah RM5 juta.

Artikel Berkaitan: