Lelaki ada rekod jenayah dicekup mencuri di kedai serbaneka

Antara barangan disyaki dicuri oleh suspek turut dirampas.
Antara barangan disyaki dicuri oleh suspek turut dirampas.
A
A
A

AMPANG - Tindakan seorang lelaki mencuri barang di sebuah kedai serbaneka di Pandan Indah di sini, membawa padah apabila dia ditahan pada Khamis.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian pada jam 8.30 malam itu disedari oleh jurujual kedai yang ternampak suspek sedang masukkan pelbagai barangan runcit ke dalam beg plastik dan keluar dari kedai tersebut tanpa membuat pembayaran.

"Jurujual bersama rakannya telah menahan suspek dan kemudian telah menyerahkan lelaki berusia 28 tahun itu kepada anggota polis untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Mohamad Farouk berkata, semakan rekod mendapati suspek mempunyai dua rekod berkaitan kes jenayah dan dadah.

"Suspek telah direman selama empat hari bermula Khamis hingga Ahad bagi membantu siasatan. Kes disiasat di bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: