Monsun Timur Laut: LKIM jamin bekalan ikan cukup

LKIM memberi jaminan bekalan ikan sepanjang perubahan Monsun Timur Laut yang dijangka berlaku dalam tempoh yang panjang mencukupi sekali gus mampu menampung permintaan penduduk di kawasan terlibat bermula pertengahan November. (Gambar hiasan) - Foto 123rf
LKIM memberi jaminan bekalan ikan sepanjang perubahan Monsun Timur Laut yang dijangka berlaku dalam tempoh yang panjang mencukupi sekali gus mampu menampung permintaan penduduk di kawasan terlibat bermula pertengahan November. (Gambar hiasan) - Foto 123rf
A
A
A

TUMPAT - Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) memberi jaminan bekalan ikan sepanjang perubahan Monsun Timur Laut yang dijangka berlaku dalam tempoh yang panjang mencukupi sekali gus mampu menampung permintaan penduduk di kawasan terlibat bermula pertengahan November.

Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) LKIM, Kusuadi Sallih berkata, pihaknya sudah merangka persiapan dengan mewujudkan pusat pengumpulan stok ikan di beberapa buah negeri bertujuan memastikan bekalan bahan mentah itu mencukupi.

"LKIM sedang rangka jawatankuasa bencana alam sebagai persediaan untuk menghadapi musim tersebut," katanya kepada pemberita pada sidang akhbar dalam Program Jualan Murah Keluarga Malaysia Dewan Undangan Negeri (DUN) Pasir Pekan di sini pada Sabtu.

Perasmian tersebut disempurnakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pekan.

Beliau berkata, LKIM mempunyai produk ikan sejuk beku jenama Q-fish yang akan dibekalkan kepada kawasan dijangka terlibat nanti.

Kusuadi berkata, buat masa ini LKIM belum menetapkan lagi mana-mana negeri yang terlibat.

Bagaimanapun ia akan dibuat berpandukan kepada situasi cuaca semasa yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Ahmad (dua dari kanan) bersama Kusuadi (kiri) pada Program Jualan Murah Keluarga Malaysia DUN Pasir Pekan di Tumpat pada Sabtu.
Ahmad (dua dari kanan) bersama Kusuadi (kiri) pada Program Jualan Murah Keluarga Malaysia DUN Pasir Pekan di Tumpat pada Sabtu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu Ahmad berkata, pihaknya akan terus memperbanyakkan program jualan murah bagi mengurangkan beban dihadapi oleh rakyat ketika ini.

Katanya, ini merupakan satu usaha yang dilakukan oleh kerajaan untuk membantu rakyat mendapatkan barangan pada harga murah.

Akhbar tempatan sebelum ini melaporkan, MetMalaysia meramalkan, negara akan mengalami hujan lebat berterusan mulai pertengahan November ini yang membawa kepada banjir besar pada penghujung bulan berkenaan.

Cuaca yang dialami dijangka memberi impak lebih signifikan kerana Monsun Timur Laut yang aktif pada tempoh itu berisiko berlaku hujan lebat berterusan dan banjir berskala besar adalah tinggi.