Polis kesan saksi kes ATIPSOM

Polis meminta kedua-dua individu supaya hadir ke Mahkamah Sesyen Jenayah 8, Mahkamah Kuala Lumpur 12 September nanti. - Foto PDRM
Polis meminta kedua-dua individu supaya hadir ke Mahkamah Sesyen Jenayah 8, Mahkamah Kuala Lumpur 12 September nanti. - Foto PDRM
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan saksi perbicaraan Umamageswari Subramaniam dan Lee Wei Peng berhubung satu prosiding di Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta, di sini pada 12 September.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, individu terbabit diperlukan untuk hadir sebagai saksi kes di bawah Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Manusia dan Antipenyelundupan Migran 2007 (ATIPSOM).

"Umamageswari Subramaniam, 32, beralamat di nombor 126 Kampung Tersusun Batu Lima, Tambun, Ipoh, Perak.

"Lee Wei Peng, 22, beralamat di nombor 102 Kampung Baru, Nilai, Negeri Sembilan. Kedua-dua individu warga tempatan diminta hadir ke Mahkamah Sesyen Jenayah 8, Kompleks Mahkamah Jalan Duta," katanya dalam kenyataan pada Jumaat.

Sehubungan itu, Amihizam berkata, sebarang maklumat berkaitan boleh disalurkan terus kepada Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mohd Hasni Hussin di talian 0199984444.

Artikel Berkaitan: