Public Bank naikkan kadar pinjaman, pembiayaan 0.25 peratus

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

PUBLIC Bank akan menaikkan kadar asas standard (SBR), kadar asas (BR) dan kadar pinjaman asas (BLR) / kadar pembiayaan asasnya (BFR) sebanyak 0.25 peratus berkuat kuasa pada 12 September.

Langkah ini selaras dengan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) Bank Negara Malaysia sebanyak 25 mata asas daripada 2.25 peratus kepada 2.50 peratus.

Sehubungan dengan itu, SBR Bank adalah 2.50 peratus, seiring dengan OPR manakala BR akan dinaikkan kepada 3.02 peratus daripada 2.77 peratus dan BLR/BFR akan dinaikkan kepada 6.22 peratus daripada 5.97 peratus sebelumnya.

Pada masa yang sama, kadar deposit tetap Bank juga akan diselaraskan ke atas, berkuat kuasa pada tarikh yang sama. - Bernama

Artikel Berkaitan: