Tiga pelajar UCSI University jalani penyelidikan di Harvard

Fiona (kiri), Clarice (tengah) dan Ngu (kanan) bakal memulakan penyelidikan di Harvard 15 September ini.
Fiona (kiri), Clarice (tengah) dan Ngu (kanan) bakal memulakan penyelidikan di Harvard 15 September ini.
A
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Tiga pelajar perubatan UCSI University terpilih untuk menjalani penyelidikan berimpak tinggi di Harvard School Brigham and Women’s Hospital di Amerika Syarikat mulai 15 September depan.

UCSI University dalam kenyataan memaklumkan, ketiga-tiga pelajar wanita berkenaan Fiona Ho Jing Min, 22, Clarice Siow Jing Rou, 21, dan Ngu Hui Ling, 21, daripada Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan akan menjalankan penyelidikan selama setahun berkaitan faktor yang menyebabkan perubahan aldosteron dan kesan terhadap tubuh manusia.

Ketiga-tiga pelajar berkenaan terpilih menerusi program Star-Trek.

"Sejak 2014, seramai 12 pelajar perubatan UCSI University terpilih melalui program Star-Trek bagi menjalankan penyelidikan berimpak tinggi di Harvard.

"Melalui program Star-Trek, pelajar UCSI University dipilih oleh mana-mana universiti terbaik dunia termasuk Harvard University, Imperial College London, The University of Chicago, Tsinghua University, The University of British Columbia dan The University of Queensland dalam pelbagai disiplin untuk menyertai penyelidikan berimpak tinggi di universiti mereka,” menurut kenyataan itu.

Fiona Ho menerusi kenyataan itu berkata, fokus penyelidikan mereka adalah untuk memahami tentang mekanisme hormon yang berkait dengan penyakit kardiovaskular iaitu punca utama kematian di seluruh dunia.

Clarice Siow pula berharap penyelidikannya nanti dapat membantu manusia untuk menikmati kehidupan lebih baik manakala Hui Ling, berazam untuk menerbitkan kertas penyelidikan yang bermanfaat untuk masa hadapan. - Bernama

Artikel Berkaitan: