Piala FA: LRT Bukit Jalil beroperasi sehingga 1 pagi

Operasi Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil dilanjutkan sehingga 1 pagi sempena perlawanan akhir Piala FA 2022 pada Sabtu. - Foto 123rf
Operasi Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil dilanjutkan sehingga 1 pagi sempena perlawanan akhir Piala FA 2022 pada Sabtu. - Foto 123rf
A
A
A

KUALA LUMPUR - Rapid KL mengumumkan bahawa operasi Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bukit Jalil sehingga 1 pagi sempena perlawanan akhir Piala FA 2022 pada Sabtu.

Perlawanan tersebut melibatkan pertembungan antara Terengganu FC dan Johor Darul Ta'zim (JDT) di Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini.

Rapid KL menerusi satu kenyataan memaklumkan, para penyokong atau penumpang diminta menggunakan kad Touch 'n Go (TnG) dan memastikan bakinya mencukupi bagi memudahkan perjalanan khususnya ketika selesai perlawanan.

Menurut kenyataan tersebut, penyokong digalakkan untuk parkir kenderaan di fasiliti Park & Ride tersedia di stesen-stesen LRT dan Transit Aliran Massa (MRT).

"Tren tambahan akan disediakan untuk membawa penumpang sejurus tamat perlawanan," katanya pada Khamis.

Artikel Berkaitan: