RB Leipzig pecat Tedesco

Tedesco
Tedesco
A
A
A

KELAB Bundesliga, RB Leipzig memecat jurulatih, Domenico Tedesco susulan kekalahan besar 1-4 di tempat sendiri oleh kelab Ukraine, Shakhtar Donetsk pada perlawanan pembukaan Liga Juara-Juara Eropah (UCL).

Pemecatan itu berlaku beberapa bulan selepas beliau mengemudi mereka memenangi Piala Jerman, tetapi bermula hambar dalam liga dengan lima mata daripada lima aksi Bundesliga.

“Keputusan untuk memecat Domenico Tedesco bukanlah perkara yang mudah sebenarnya.

“Bagaimanapun selepas mengumpul lima mata dalam lima perlawanan disusuli kekalahan besar kepada Shakhtar Donetsk, kami telah ambil keputusan untuk memecat beliau.

“Kami terpaksa melakukannya kerana keyakinan pasukan ini berkurang. Jadi pemulihan perlu dilakukan segera bagi mengelakkan perkara lain berlaku,” katanya.

Sebelum ini, jurulatih kelahiran Itali itu hanya dilantik pada Disember lalu apabila Leipzig memecat pengendali dari Amerika Syarikat (AS), Jesse Marsch selepas prestasi hambar menyaksikan mereka di tangga ke-11 liga dan tujuh mata di belakang kelayakan ke UCL.

Tedesco mengubah nasib mereka dengan layak ke UCL, separuh akhir Liga Europa dan merangkul trofi utama domestik apabila menewaskan Freiburg menerusi sepakan penalti di final Piala Jerman.

Artikel Berkaitan: