Remaja maut dilanggar lori

Pemandu lori dipercayai tidak sempat mengelak mangsa yang menunggang basikal ketika melintas jalan berhampiran persimpangan Persiaran Hamzah Alang di Klang pada Rabu.
Pemandu lori dipercayai tidak sempat mengelak mangsa yang menunggang basikal ketika melintas jalan berhampiran persimpangan Persiaran Hamzah Alang di Klang pada Rabu.
A
A
A

KLANG - Seorang remaja lelaki maut dilanggar lori dalam kejadian di persimpangan Persiaran Hamzah Alang di sini pada Rabu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3.30 petang ketika mangsa berumur 13 tahun itu menunggang basikal bersama beberapa rakannya.

"Siasatan dijalankan mendapati mangsa menunggang basikal keluar dari simpang tersebut, masa sama lori yang dipandu seorang lelaki datang dari arah Kapar tidak sempat mengelak lalu melanggar mangsa.

"Mangsa yang mengalami kecederaan parah kemudian disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Katanya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk proses bedah siasat.

"Siasatan masih dijalankan berdasarkan kejadian tersebut dan pemandu lori yang terlibat telah dirakam keterangan.

"Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Artikel Berkaitan: