Sokongan padu rakyat Malaysia untuk kempen derma darah

A
A
A

Shamsidar (dua dari kiri) bersama dengan penderma darah ketika program derma darah anjuran McDonald’s Malaysia di McDonald’s Subang Bestari DT pada Khamis.
Shamsidar (dua dari kiri) bersama dengan penderma darah ketika program derma darah anjuran McDonald’s Malaysia di McDonald’s Subang Bestari DT pada Khamis.

SHAH ALAM - Satu beg darah mampu menyelamatkan tiga nyawa. Fakta itu menjadi inspirasi buat restoran perkhidmatan segera terulung, McDonald’s Malaysia meneruskan misi tanggungjawab sosial korporatnya (CSR) melaksanakan kempen derma darah demi manfaat komuniti secara keseluruhannya.

Namun, berbeza daripada programprogram sebelum ini apabila buat julung kalinya McDonald’s mengambil inisiatif menggerakkan kempen derma darah secara besar-besaran dengan menyasarkan 3,000 penderma melibatkan 29 lokasi restoran terpilih seluruh negara.

Pengarah Komunikasi Korporat McDonald’s Malaysia, Shamsidar Yahya berkata, program yang dilaksanakan bermula 29 Ogos hingga 16 September itu bersempena sambutan Hari Kebangsaan Ke-65 dan Hari Malaysia tahun ini.

Bertemakan ‘Darah Menyatukan Kita’, usaha itu juga adalah satu inisiatif simbolik yang melambangkan perpaduan antara rakyat di negara ini yang mengamalkan sikap saling membantu demi kesejahteraan bersama.

Sejak 2017 lagi McDonald’s Malaysia telah bekerjasama dengan Pusat Darah Negara bagi melakukan kempen derma darah.
Sejak 2017 lagi McDonald’s Malaysia telah bekerjasama dengan Pusat Darah Negara bagi melakukan kempen derma darah.

“Sejak 2017 lagi McDonald’s Malaysia telah bekerjasama dengan Pusat Darah Negara bagi melakukan kempen derma darah yang melibatkan 200 hingga 300 penderma darah.

Artikel Berkaitan:

“Tahun ini, buat pertama kalinya kita menyasarkan penyertaan lebih ramai sehingga 3,000 penderma. Sebanyak 29 daripada 324 restoran McDonald’s di seluruh Semenanjung Malaysia dan Sabah terlibat dalam kempen ini.

“Orang ramai boleh menyertai dengan mendaftar di laman web dan bukan sahaja berpeluang memilih lokasi, tetapi boleh memilih slot masa yang bersesuaian dengan mereka,” jelasnya kepada pemberita ketika ditemui di McDonald’s Subang Bestari DT sempena kempen derma darah di sini, pada Khamis.

Mengulas lanjut, Shamsidar berkata, pihaknya menerima penyertaan yang begitu menggalakkan dengan lebih 1,000 pendaftaran setakat ini.

SHAMSIDAR
SHAMSIDAR

Tambahnya, bagi yang menderma darah melalui kempen berkenaan, mereka akan memperoleh baucar makanan McDonald’s dan cenderahati secara percuma.

“Program ini amat penting sebagai agenda tahunan yang memberi impak positif kepada komuniti. Kami berharap rakyat Malaysia dapat bersama-sama menyokong program ini demi membantu mereka yang memerlukan,” ujarnya.

Untuk rekod, sejak 2017 lebih daripada 1,300 rakyat Malaysia telah menderma darah di McDonald’s melalui kempen yang dijalankan. Lebih daripada 200 penderma yang hadir menderma darah di ibu pejabat McDonald’s pada Jun lalu.

INFO PROGRAM

- Kempen bermula 29 Ogos - 16 September 2022.

- Sebanyak 29 lokasi restoran McDonald’s terpilih di seluruh Malaysia.

- Sasaran 3,000 penderma darah.

REAKSI

MUHAMAD HASSAN
MUHAMAD HASSAN



“Kebetulan saya datang ke McDonald’s ini dan ternampak kempen. Saya pun dah lama tak menderma darah. Ini satu tanggungjawab saya sebagai rakyat Malaysia. Kita pun baru sahaja sambut ulang tahun kemerdekaan.” - Juruteknik, Muhamad Hassan Dinnie Khajali, 29

BENJI ONG
BENJI ONG



“Usaha McDonald's anjur kempen derma darah ini amat bagus. Setiap orang boleh menderma jadi silalah jalankan tanggungjawab anda sebab setiap darah yang kita dermakan mampu menyelamatkan nyawa.” - Konsultan, Benji Ong, 62

YAP SHEN THENG
YAP SHEN THENG

“Ini pengalaman pertama saya menderma darah dan tentunya ia memberi makna besar kepada saya sebagai rakyat Malaysia. Saya harap lebih ramai yang sudi tampil menderma agar lebih ramai dapat dibantu.” - Perunding Insurans, Yap Shen Theng, 35