Resort Villa Danialla bernilai RM26 juta belum ada pembeli

Haflin di hadapan Resort Villa Danialla di Kandis, Bachok yang bernilai RM26 juta masih mencari individu atau kumpulan yang berminat untuk membeli pusat peranginan itu.
Haflin di hadapan Resort Villa Danialla di Kandis, Bachok yang bernilai RM26 juta masih mencari individu atau kumpulan yang berminat untuk membeli pusat peranginan itu.
A
A
A

KOTA BHARU - Resort Villa Danialla di Kandis, Bachok yang bernilai RM26 juta masih mencari individu atau kumpulan yang berminat untuk membeli pusat peranginan itu.

Pengarah Urusannya, Datin Seri Haflin Nazri Aziz ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu berkata, selepas laporan berita mengenai hasrat untuk menjual pusat peranginan itu ada beberapa pihak telah tampil melihat secara lebih dekat bagi membelinya termasuklah ahli perniagaan dari Pakistan.

"Bagaimanapun selepas mengetahui syarat pemilikan tanah di negeri ini terlalu ketat (hanya boleh dibeli oleh orang Kelantan sahaja) mereka terus mendiamkan diri," katanya.

Beliau berkata, operasi di pusat peranginan itu masih berjalan seperti biasa sebagaimana sebelum ini.

Resort Villa Danialla yang dibina di atas tanah berkeluasan 3.4 hektar.
Resort Villa Danialla yang dibina di atas tanah berkeluasan 3.4 hektar.

Katanya, Resort Villa Danialla disifatkan sebagai pusat peranginan yang strategik selain mempunyai kawasan pantai menarik dan cantik.

Haflin berkata, selain pusat peranginan itu beliau turut mahu menjual villa peribadi miliknya bagi membolehkan pemilik baharu berkuasa penuh ke atas pusat peranginan berkenaan.

"Nilai jualan sebelum ini ialah RM24 juta tetapi saya terpaksa menaikkannya kepada RM26 juta termasuk harga villa peribadi.

Artikel Berkaitan:

"Individu atau kumpulan yang berminat boleh datang dan melihat sendiri kecantikan Resort Villa Danialla seterusnya membuat rundingan pembelian," katanya.

Sinar Harian pada 18 Mac lalu melaporkan, Resort Villa Danialla di Kandis di sini dibuka untuk pembeli berpotensi bagi memastikan pusat pelancongan berusia 15 tahun itu tetap terus gah selepas ini.

Resort Villa Danialla dibina di atas tanah berkeluasan 3.4 hektar itu mempunyai 85 bilik, dua dewan besar, satu dewan kecil, restoran, kolam mandi, kandang dan padang kuda yang bernilai RM24 juta.