Penyertaan Muda boleh perkukuh hala tuju parti peringkat negeri

Tarmizi Anuwar
Tarmizi Anuwar
A
A
A

SEREMBAN - Keputusan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menyertai Pakatan Harapan (PH) boleh mengukuhkan hala tuju parti itu di peringkat negeri.

Pengerusi Muda Negeri Sembilan, Tarmizi Anuwar berkata, pihaknya mengalu- alukan keputusan Muda Pusat untuk menyertai PH sebagai salah satu ahli dalam gabungan itu.

"Keputusan ini mengukuhkan lagi hala tuju Muda di peringkat negeri terutama Negeri Sembilan dalam merangka gerak kerja ke arah Pilihan Raya Umum (PRU), seterusnya arena politik Negeri Sembilan dan nasional.

"Kami percaya keputusan (hasrat Muda) semalam (Isnin) memberi impak positif bagi membina hubungan yang kukuh dengan PH Negeri Sembilan," katanya dalam kenyataan, pada Rabu.

Mengulas lanjut, Tarmizi berkata, sebelum ini, Muda Negeri Sembilan mengadakan perjumpaan dengan Parti Tindakan Demokratik (DAP) Negeri Sembilan.

"Kedua-dua pihak bersetuju untuk memperkasa gerak kerja bersama dalam isu-isu melibatkan kepentingan rakyat di setiap peringkat kepimpinan dan struktur parti.

"Komunikasi awal bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Sembilan dan Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sembilan telah dilakukan. Pihak kami akan terus berusaha membina jambatan (hubungan) lebih proaktif," katanya.

Sinar Harian pada Selasa melaporkan, Muda sebulat suara bersetuju untuk menyertai PH sebagai salah satu parti komponen dalam gabungan itu.

Artikel Berkaitan:

Perkara itu diputuskan melalui Persidangan Pilihan Raya Muda berlangsung pada Isnin dan Selasa.