UMK, agensi swasta kerjasama perkasa kebolehpasaran graduan

Razli (tengah) menyampaikan cenderamata kepada Presiden Persatuan Sains dan Teknologi Keadaan Pepejal Malaysia (MASS) Prof Dr Abdul Halim Shaari (dua dari kiri) pada Persidangan Serantau ke-31 Mengenai Keadaan Pepejal, Sains dan Teknologi (RCSSST 2022) di Kota Bharu pada Rabu.

A
A
A

KOTA BHARU - Universiti Malaysia Kelantan (UMK) mengukuhkan kerjasama dengan agensi swasta dalam usaha memperkasakan lagi graduan mereka pada masa hadapan.

Naib Canselor UMK, Prof Dr Razli Che Razak berkata, langkah itu bagi memastikan produk keluaran pihaknya laris di pasaran kerja sejurus menamatkan pengajian.

"UMK memberi galakan kepada pihak fakulti untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak swasta supaya kebolehpasaran graduan selari dengan silibus serta kokurikulum pihak industri," katanya ketika ditemui selepas merasmikan Persidangan Serantau ke-31 Mengenai Keadaan Pepejal, Sains dan Teknologi (RCSSST 2022) di sini pada Rabu.

Beliau berkata, bantuan pihak industri amat diperlukan dalam meningkatkan kualiti pembelajaran di UMK.

Mengulas lanjut mengenai program tersebut beliau berkata, ini merupakan seminar secara hibrid terbesar yang pernah dianjurkan oleh UMK.

Beliau berkata, program tersebut melibatkan 207 orang peserta dari pelbagai negara.

"Ini merupakan kejayaan besar buat UMK apabila berjaya mengumpulkan peserta dari pelbagai negara.

"Antaranya Arab Saudi, Korea Selatan, Indonesia, Filipina, Finland dan Nigeria," katanya.

Artikel Berkaitan: