Dua lelaki ditahan disyaki curi kabel elektrik

Polis memberkas dua lelaki disyaki terlibat dalam kes mencuri kabel elektrik di Ampang pada Selasa.
Polis memberkas dua lelaki disyaki terlibat dalam kes mencuri kabel elektrik di Ampang pada Selasa.
A
A
A

AMPANG - Dua lelaki warga tempatan yang mempunyai rekod berkaitan dadah ditahan disyaki mencuri kabel elektrik di kaki lima di hadapan sebuah kedai di Pandan Perdana di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, dalam kejadian pada jam 11 pagi itu, pengarah sebuah syarikat menerima panggilan daripada pekerjanya yang mendakwa satu gulung kabel elektrik bersaiz 50 millimeter telah dicuri, anggaran kerugian sebanyak RM2,000.

"Susulan daripada laporan yang diterima dua lelaki berusia 38 dan 39 tahun telah diberkas di kawasan Pudu, Kuala Lumpur pada jam 10 malam pada hari sama," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohamad Farouk berkata, pihaknya turut merampas pakaian dan sebuah motosikal yang digunakan semasa kejadian.

"Kabel elektrik berkenaan dipercayai telah dijual di kedai besi buruk di kawasan Kampung Pandan," katanya.

Menurutnya, semakan lanjut mendapati kedua-dua suspek rekod lampau berkaitan kes dadah dan Jenayah.

"Kedua-dua suspek telah direman selama empat hari bermula Rabu hingga Sabtu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.

Artikel Berkaitan: