IOI City Farm telah dibuka

Pengunjung tidak melepaskan peluang membelai dan memberikan makanan kepada arnab.
Pengunjung tidak melepaskan peluang membelai dan memberikan makanan kepada arnab.
A
A
A

TAMAN ladang dalam bandar di dalam kompleks membeli-belah pertama di Malaysia, IOI City Farm terletak di IOI City Mall, Putrajaya telah dibuka dan mula beroperasi pada 25 Ogos lepas.

Ketua Peruncitan IOI Properties Group, Chris Chong berkata, IOI City Farm memberikan peluang kepada pengunjung terutamanya kanak-kanak belajar mengenai tumbuh-tumbuhan, haiwan dan hidupan marin daripada ahli zoologi, aquarist dan ahli botani bertauliah yang ditempatkan di sana.

Menurutnya, taman ladang itu mempunyai dua tingkat yang berkeluasan 18,000 kaki persegi dan mempunyai tiga zon iaitu Greenland, Little Rimba di aras dua manakala Freshwater World di aras satu.

“Greenland menempatkan 111 spesis tanaman dalam bangunan yang mempunyai sembilan seksyen iaitu Vertical Garden, Urban Farm, Glocave, Mystical Cave, Season of Colours, Teeny-Weeny Forest, Insectopia, Roots N Seeds dan Green Glades.

“Zon Little Rimba pula mempamerkan 17 spesis haiwan dari seluruh dunia seperti sugar glider, kucing Bengal, cincila, marmoset, dan musang fennec. Kanak-kanak berpeluang membelai, memberikan makanan dan berinteraksi dengan haiwan seperti arnab, anak ayam dan anak itik,” katanya dalam satu kenyataan.

Antara tumbuh-tumbuhan terdapat di IOI City Farm, Putrajaya.
Antara tumbuh-tumbuhan terdapat di IOI City Farm, Putrajaya.

Chong berkata, Freshwater World yang berkeluasan 6,000 kaki persegi mempunyai sebanyak 50 spesis haiwan air tawar daripada sungai seperti Arapaima Amazon dan sturgeon Amur hingga kepada krustasea kecil seperti ketam vampire dan udang buluh.

“Pengunjung juga akan dapat berinteraksi dengan pasukan aquarists yang bersedia untuk mendidik semua spesies akuatik di sana," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, terdapat kolam memberikan makanan dan menangkap hidupan air dan pengunjung boleh mencuba kemahiran memancing.

“Menerusi semua persediaan ini, kami berharap pengunjung tidak kira muda atau tua dapat belajar secara terus,” kata Chong.

Pengunjung boleh melihat pelbagai spesis ikan di IOI Farm City, Putrajaya.
Pengunjung boleh melihat pelbagai spesis ikan di IOI Farm City, Putrajaya.

Beliau berkata, IOI City Farm juga menyediakan pelbagai aktiviti menarik seperti memancing, bengkel DIY dan berinteraksi bersama haiwan.

IOI City Farm yang terletak di AT6, Aras 2, IOI City Mall dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 10 malam.

Terdapat pakej parti, korporat dan sekolah disediakan untuk mereka yang berminat kerana ruang itu dilengkapi dengan bilik parti boleh memuatkan sehingga 20 individu.

Harga tiket adalah RM48 bagi kanak-kanak dan RM37 bagi dewasa pada hari bekerja, dan masing-masing RM58 dan RM48 pada hujung minggu, cuti umum dan cuti sekolah.

Chong
Chong