Bosnia, Turkiye setuju perjalanan antara negara tanpa pasport

Rakyat Bosnia selepas ini boleh memasuki Türkiye hanya menggunakan kad pengenalan. - Foto Bernama
Rakyat Bosnia selepas ini boleh memasuki Türkiye hanya menggunakan kad pengenalan. - Foto Bernama
A
A
A

SARAJEVO - Rakyat Bosnia dan Herzegovina (BiH) tidak lama lagi dapat memasuki Türkiye dengan menggunakan kad pengenalan tanpa pasport, begitu juga sebaliknya, kata Presiden Recep Tayyip Erdogan pada Selasa di Sarajevo.

"Kami telah membincangkan langkah selanjutnya ke arah memperbaiki hubungan kami," kata Erdogan pada sidang media bersama selepas mengadakan mesyuarat rasmi dengan Pengerusi dan dua anggota Presidensi tiga pihak BiH, lapor Xinhua memetik Agensi Berita FENA.

Sejurus sebelum berlepas ke Sarajevo, Erdogan berkata, Türkiye meneruskan dasar menyokong kestabilan, dan pembangunan Balkan serta proses integrasi Euro-Atlantik.

"BiH dan Türkiye mempunyai hubungan yang sangat mesra dan akrab," kata Pengerusi Presidensi BiH, Sefik Dzaferovic, pada sidang media itu.

Dzaferovic berkata, pertukaran perdagangan yang kini berjumlah kira-kira AS$900 juta perlu ditingkatkan kepada AS$1 bilion menjelang akhir tahun ini.

Erdogan memulakan lawatan kerja tiga hari untuk mengukuhkan hubungan dengan rantau itu.

Selepas BiH, Erdogan dijadual melawat Serbia dan Croatia. - Bernama

Artikel Berkaitan: