Kertas siasatan Rafizi diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya

Azmi Abu Kassim. - Foto Bernama
Azmi Abu Kassim. - Foto Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kertas siasatan terhadap Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli berkaitan dakwaan mengenai projek kapal tempur pesisir (LCS) membabitkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Dr Abd Latiff Ahmad akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada minggu ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, siasatan masih dijalankan dan akan selesai tidak lama lagi.

"Kita menjangkakan untuk menyerahkan kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya pada minggu ini," katanya ketika sidang akhbar di ibu pejabat polis KL pada Selasa.

Pada Sabtu, media melaporkan polis telah merakam keterangan Rafizi susulan laporan polis dibuat terhadapnya berkaitan dakwaan mengenai projek LCS membabitkan Abd Latiff.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan (kesalahan memfitnah) dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Multimedia 1998 (menyebarkan kenyataan jelik).

Pada 31 Ogos, laporan polis dibuat oleh Pegawai Tugas-Tugas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Abd Latiff, Sayed Ahmad Mui'izzuddin Al-Sayed Mohamad terhadap Rafizi.

Laporan itu dibuat berhubung kenyataan Rafizi mengaitkan Ahli Parlimen Mersing itu dan wanita bernama Zainab Mohd Salleh yang didakwa sebagai isterinya dalam penyelewengan projek LCS.

Artikel Berkaitan: